"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PAS tolong dengar kemahuan Exco Pas di Selangor

Mohamad Fadli 
khalid-samad,pasPETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Pas dinasihatkan supaya mendengar kehendak Pas Selangor berhubung kerjasama antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH).
Nasihat itu diberikan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad sambil mendakwa pemimpin Pas tidak memahami realiti politik di Selangor.

Khalid berkata, pemimpin Pas perlu mengetahui pandangan dan apa yang hendak disampaikan oleh Pas Selangor dan Exco Pas yang berada dalam kerajaan Selangor.

“Saya minta maaf kerana saya lihat Pas lebih mementingkan agenda sempit yang diperjuangkan itu lebih penting daripada tunaikan tanggungjawab kepada rakyat Selangor,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, situasi yang berlaku sekarang bukan masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, kenyataan Tuan Ibrahim menunjukkan Pas gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada PKR, DAP, Pas dan Amanah di Selangor.

“Sepatutnya Pas perlu beri kerjasama…Disebabkan itu Amanah mencadangkan supaya Pas mengadakan perjanjian bersama untuk bekerjasama dengan PH, bukannya Amanah atau DAP secara sendirian di Selangor.

“Jadi sekiranya Pas tidak boleh nak bekerjasama, macam mana pentadbiran kerajaan nak berjalan dengan lancar dan takkan Menteri Besar kena adakan mesyuarat berbeza dengan Exco DAP dan juga Pas atas sebab tidak boleh bekerjasama,” katanya.
-fmt-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Rakyat selangor hya beri mandat kpd pkr pas dan dap utk mentadbir selangor tetapi tidak kpd parti amanah sbb pru 13 dulu pan blm ujud. Klu ada adun yg berpaling tadah dgn parti pilihan rakyat maka mereka sama spt bekas mb khalid ibrahim tarafnya adalah adu bebas. Walaupun pan ditubuhkan tetapi kerusi asal mereka adalah pas. Olih itu pan tiada hak utk jadi angota parti yg memerintah. Hormatilah pilihan rakyat dan bkn nya memikirkan kepentingan peribadi. Pas ada hak utk menerima atau menolak pan.