"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 bomba padam kebakaran hutan dirasuk

KOSMO
TANGKAP layar video menunjukkan beberapa anggota mengalami kerasukan semasa memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut. - Instagram
JAKARTA – Empat sukarelawan bomba mengalami kerasukan beramai-ramai semasa memadamkam kebakaran hutan dan tanah gambut di Kota Samarinda, wilayah Kalimantan Timur, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian aneh itu berlaku ketika operasi pemadaman kebakaran yang memasuki hari ke-4 di Kampung Makroman, baru-baru ini.

Selain menjejaskan kawasan seluas kira-kira 50 hektar, anggota bomba dan sukarelawan turut berdepan tanah gambut yang tebal sehingga menyebabkan api sukar dipadamkan dan sumber air yang jauh. 

Koordinator Lapangan Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Kota Samarinda, Nanang Arifin berkata, kejadian misteri itu berlaku pada pukul 6.20 petang (waktu tempatan). 

“Kami mula memadamkan api pada pukul 3 petang (waktu tempatan). Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku sekitar pukul 6.20 petang. 

“Rakan kami mengalami kerasukan. Dua daripada empat anggota dibawa ke pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut. 

“Setakat ini, empat anggota dirasuk. Dua dilaporkan pulih, manakala dua lagi masih dirawat di pusat kesihatan tempatan,” kata Nanang. – AGENSI

Tiada ulasan: