"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Program ancaman murtad di UiTM cetus tak puas hati

FMT Reporters
uitm
PETALING JAYA: Tindakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka menganjurkan program gerakan memurtadkan orang Islam telah mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan penganut Kristian.

Program itu ‘bocor’ apabila seorang pelajar bukan Islam yang berada dalam dewan telah mengambil gambar dan mengirimnya kepada seorang paderi.

Pelajar bukan Islam itu telah diminta meninggalkan dewan kerana program berkenaan hanya untuk pelajar Islam.

Gambar program bertajuk ‘Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi’ telah dimuatnaik di Facebook oleh Paderi Andrian Ng dengan status ‘Ini sedang berlaku sekarang di UiTM’.

“Pelajar bukan Islam berkenaan tidak sempat mendengar apa yang disampaikan dalam seminar. Tetapi pelajar-pelajar Islam turut meluat,” kata Andrian seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Ketua Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Siti Najah Sakrani mengesahkan program itu yang bertujuan memperkukuhkan pegangan pelajar Islam.

“Program ini hanya untuk pelajar Islam manakala pelajar bukan Islam dikecualikan kerana tidak mahu dituduh cuba mengislamkan pelajar bukan Islam,” katanya, lapor akhbar berkenaan.

Tiada ulasan: