"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MH149 pula hilang dari radar?

MH149 pula hilang dari radar: Tapi DCA nafi
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

"Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial bahawa pesawat MH149 telah hilang dari radar.
-Bernama-

Tiada ulasan: