"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis masih hidup selepas terjun tingkat 26

Bogota – Seorang remaja perempuan mungkin individu paling bertuah di dunia apabila dia masih hidup selepas terjun dari tingkat 26 di sebuah bangunan di sini.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan terjun dari tingkat 26 sebuah bangunan di Cartagena dan terus jatuh di dalam sebuah kolam renang di bawahnya.

Jurucakap polis berkata, remaja itu kemungkinan diculik sebelum dibawa ke bangunan berkenaan oleh sekumpulan samseng.

Remaja itu dipercayai terjun dari bangunan berkenaan dalam usahanya melepaskan diri atau terjatuh ketika bergelut dengan suspek.

“Remaja itu bernasib baik apabila dia terjatuh di dalam sebuah kolam renang di bawah bangunan berkenaan.

“Mangsa mengalami patah tulang bahu dan pelvis, lebam di paru-paru dan hati serta luka pada badannya.

“Apa yang menakjubkan, kecederaan remaja itu tidak parah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kejadian berkenaan dan mengesan kumpulan samseng yang cuba menculik mangsa.

Sementara itu, jurucakap Hospital Napoleon Franco Pareja-La Casa del Nino, tempat remaja itu dirawat berkata, keadaan pesakit itu semakin pulih, tetapi dia masih terkejut.

“Terjun dari tingkat 26 dan terus jatuh ke dalam kolam renang, remaja ini sangat bernasib baik,” jelasnya.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: