"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon, isteri ditahan bantu siasatan kes ugut

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
SHAH ALAM - Seorang pelakon dan isterinya ditahan polis, dipercayai bagi membantu siasatan rakaman video berhubung kes mengunci pagar masuk utama Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling di sini baru-baru ini.

Turut ditahan bersama pasangan itu adalah rakan pelakon terbabit.

Difahamkan, penahanan dibuat ketika mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, pada jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kesemua mereka disiasat kerana menghalang dan membuat ugutan.

“Ketiga-tiga individu itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 petang tadi,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pelakon itu yang juga pengasas sebuah gerakan bebas berteraskan kemasyarakatan, memuat naik rakaman video menunjukkan rasa tidak puas hati kerana pejabat daerah didakwa gagal menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: