"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengamuk selepas diraba dalam pesawat

Seorang wanita mengamuk gara-gara diraba payu daranya oleh seorang lelaki ketika beliau sedang tidur dalam pesawat. Foto-Liputan 6.
SURABAYA - INDONESIA. Seorang wanita mengamuk gara-gara payudaranya diraba oleh seorang lelaki ketika beliau sedang tidur dalam pesawat.

Laporan media dalam talian Indonesia, melaporkan wanita itu yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan dilihat beberapa kali menumbuk muka lelaki itu, ketika pesawat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Palembang.

"Baik kamu mengaku, jeritnya sambil melepaskan beberapa tumbukan ke muka lelaki berkenaan," jerit wanita itu, lapor Liputan6.

Suasana tegang berkenaan akhirnya dapat dikawal apabila paramugari pesawat itu berjaya menenangkan keadaan.

Rentetan itu wanita yang dikenali sebagai Wandiyanthi itu, membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap lelaki itu.

Wandiyanthi yang mengakui trauma dengan kejadian itu telah menerima permohonan maaf daripada lelaki itu.

Namun, beliau tetap meneruskan tindakan undag-undang supaya kejadian serupa tidak berulang.

Tiada ulasan: