"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jual sayur bercampur bebola daging babi

NOR AINNA HAMZAH


KPDNKK telah membuat siasatan ke Pasar Awam Gemencheh dan seorang peniaga dikenakan tindakan di bawah APD 2011.

TAMPIN – Seorang peniaga di Pasar Awam Gemencheh, di sini, yang langsung tidak sensitif dalam isu makanan halal telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan.

Isu berkenaan mula disebarkan oleh seorang pengguna semalam yang terkejut apabila mendapati sebuah bungkusan bertulis bebola daging babi dijual di pasar berkenaan dan diletakkan bersama-sama sayuran.

Menurut Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Ain ArjunaAziz Zaman, pihaknya telah membuat siasatan aduan di lokasi yang dinyatakan dalam sebaran maklumat melalui WhatsApp berkenaan.
Maklumat yang tersebar melalui group WhatsApp sejak semalam.
“Pegawai kita telah turun padang ke lokasi yang dinyatakan dan mendapati premis menjual sayur berkenaan menyimpan secara bercampur produk tidak halal bersama-sama produk yang mempunyai sijil halal di dalam peti ais bagi tujuan perdagangan.

“Tindakan peniaga ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Peniaga ini dikenakan tindakan di bawah kesalahan perkara 3(1), Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.
Produk tidak halal bercampur dengan produk halal telah ditemui dalam pemeriksaan berkenaan.
Dalam sebaran maklumat berkenaan, pengguna tersebut berasa kesal apabila peniaga berkenaan tidak mengakui kesilapannya dan dia bertindak meninggalkan sayuran yang dibelinya itu.

Tiada ulasan: