"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mantan SU Pas Besut bersama 48 pengikut sertai Amanah

MALAYSIA DATELINE 
Bekas SU Pas Besut sertai Amanah.

Mantan Setiausaha Pas kawasan Besut, Anuar Ayub bersama 48 ahli Pas yang lain menyerahkan borang penyertaan ke Parti Amanah Negara Kawasan Besut kelmarin.

Borang permohonan itu diserahkan kepada ketua lujnah profesional Amanah Besut, Profesor Datuk Dr Kamaruzaman di majlis penerangan Amanah Kawasan Besut.

Turut serta di majlis itu adalah bekas Penasihat Undang-undang Pas, Hisham Fauzi yang terlibat dalam penggubalan undang-undang Syariah II Negeri kelantan dan RUU 355.

Majlis turut disertai Dr Mohd Radzi Jidin Ketua Bersatu Bahagian Ketereh sebagai penceramah utama.

Penyertaan ahli Pas kawasan Besut ke dalam Amanah itu dibuat atas kesedaran mereka bahawa Pas telah jauh melencong dari matlamat asal.

Mereka juga mula menyedari sikap pimpinan Pas yang sentiasa berdolak dalik dengan kenyataan mereka sendiri, kata Anuar.

Amanah pula menyifatkan penyertaan ahli baru ini memberi semangat kepada Amanah Kawasan Besut untuk terus mengadakan siri penerangan kesedaran kepada semua peringkat masyarakat.

Tiada ulasan: