"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kabinet dijangka bubar Jumaat - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz

MALAYSIA DATELINE 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

FMT hari ini, memetik laporan China Press ketika Nazri menghadiri festival kebudayaan di Padang Rengas semalam, beliau berkata, mesyuarat Kabinet yang sepatutnya diadakan pada Rabu ini ditunda ke Jumaat bagi memberi laluan kepada perhimpunan penjawat awam dari seluruh negara.

Katanya, sidang Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini dan mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini mungkin ialah mesyuarat terakhir untuk kerajaan penggal ini.

Nazri menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet Jumaat ini, memandangkan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya sudah diwartakan minggu lalu.

Laporan itu diwartakan 29 Mac lalu, sehari selepas diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak usul itu.

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum perdana menteri melancarkan manifesto BN menjelang akhir minggu ini.

Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata, manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.

Tiada ulasan: