"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SAH!! Najib akan didakwa esok pagi

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Task Force 1MDB yang terdiri daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan tangkapan dibuat di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini Najib hadir ke SPRM sebanyak dua kali bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad.
-sinarharian

Tiada ulasan: