"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tolonglah Malaysia, ini bukan rawatan gout!

Rahimah Abdullah
Tolonglah Malaysia, ini bukan rawatan gout!
Gambar rawatan tradisional Gout yang viral di media sosial dan turut mendapat reaksi pelbagai netizen. Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Ketika ini, kaedah rawatan alternatif menjadi pilihan sesetengah orang untuk merawat penyakit yang dihidapi.

Bagaimanapun, jika tersalah pilih rawatan, boleh membawa padah.

Terbaharu, viral di media sosial mengenai rakaman video rawatan gout tanpa bantuan doktor perubatan.
Dengan cara mencucuk kaki yang terkena gout dengan sejenis jarum khas, agak mengerikan apabila darah mencurah keluar dengan deras.

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah melalui status terbaharunya di Facebook mengecam langkah rawatan itu.

Beliau menggesa rakyat Malaysia menggunakan akal berfikir sedalamnya sebelum mencuba rawatan alternatif itu.

"Tolonglah Malaysia. Gunalah akal fikiran. Ini bukan rawatan gout," ujarnya.

Tegasnya, penggunaan jarum untuk mencucuk kaki gout berkenaan boleh membawa maut jika dijangkiti kuman.

"Prosedur yang ada jarum, keluar darah bagai hanya boleh dibuat di fasiliti kesihatan dan oleh pegawai yang dilatih dan bertauliah. Bukan suka suka oleh sesiapa dan dimana-mana. Ada risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut," katanya.


Tiada ulasan: