Pihak polis merampas 27 buah van Skuad Sayang Umno Johor semalam, menurut laporan media tempatan.
Van yang sering digunakan Wanita Umno bagi program masyarakat itu disita polis untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001, kata laporan Malay Mail hari ini.
Laporan itu juga menyebut pihak polis bertindak atas perintah mahkamah dan van yang diedarkan ke 26 bahagian Umno, termasuk ke ibu pejabat parti negeri diserahkan kepada pihak berkuasa semalam.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohamad mengesahkan hal itu, petik laporan itu.
Hasni berkata Umno Johor diberikan notis penyitaan itu semalam untuk menyerahkan van Skuad Sayang kepada pihak polis di bawah AMLA 2001 dan setakat ini bekerjasama menyerahkan van berkenaann
Bagaimanapun, Hasni dilaporkan tidak boleh mengesahkan jika rampasan itu berkaitan dengan siasatan terhadap 1MDB, SRC International atau bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Umno tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kejadian itu tidak akan melemahkan semangat parti itu di Johor, kata Hasni, petik Malay Mail.
Menurut Hasni lagi, beliau berharap rampasan itu bukan satu bentuk pembalasan dendam politik.
Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan. Difahamkan operasi tersebut dijalankan pasukan Bukit Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan