AMNI JAGAT
Gimik perasmian program Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Bukit Alif yang disempurnakan oleh Datuk Salahuddin Ayub
“Saya ingin berjuang untuk rakyat dan inilah perjuangan yang saya pilih. Biarlah saya mati di atas jalan kerana itu pilihan saya dalam perjuangan rakyat”.
Begitulah kata-kata yang diluahkan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada satu program Gotong Royong Perdana di tanah perkuburan Bukit Alif Johor Bahru.
Dalam ucapan beliau pada perasmian program tersebut, Salahuddin menyatakan perit jerih perjuangan beliau selama ini yang mahu memenangkan rakyat.
“Selama ini saya mungkin boleh tidur agak lama, namum hari ini tidak lagi. Bagi saya rakyat adalah yang utama.
“Kesibukkan ini sehingga membuatkan saya tidak sempat untuk menatap wajah isteri saya apatah lagi anak-anak saya.
“Namun keyakinan ini ditanam bagi melihat rakyat sama-sama menikmati kehidupan lebih baik,” ujar Salahuddin.
Selain itu, dalam ucapan yang sama Salahuddin dalam nada yang sebak memohon maaf di atas segala kesilapan beliau baik disedari mahu pun tidak disedari beliau.
“Saya manusia biasa pastinya lemah dari sisi apa pun. Tapi niat saya hanyalah membangunkan ekonomi yang baik untuk rakyat,”katanya.
Dalam program itu beliau telah diberikan kesempatan untuk mengawal mesin penggali ‘excavator’ sebagai gimik perasmian program gotong royong tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan