"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SRC: Najib akan didakwa esok bagi pengubahan wang haram

MALAYSIA DATELINE
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, dijangka didakwa di mahkamah esok atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, untuk menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

“Beliau akan didakwa dengan tiga pertuduhan tambahan,” kata sumber itu seperti dilapor Bernama.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pihak mahkamah juga telah meletakkan penghadang dan menyediakan kaunter pendaftaran bagi memudahkan media membuat liputan prosiding sebutan kes dan pendakwaan terhadap Najib.

Tiada ulasan: