"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Mat Sabu bersalam dengan Hadi

BORHAN AHMAD Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

Setelah mereka berpisah selepas Pas berpecah dan tertubuhnya AMANAH, hari ini bekas timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu bertemu dengan bekas bosnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kedua-dua pemimpin itu bersalaman dalam majlis Himpunan Maruah Melayu di Shah Alam.

Jika sebelum ini, Mohamad adalah timbalan presiden Pas manakala Hadi adalah presidennya, kini kedua-dua mereka bertemu dalam suasana berbeza.

Mohamad merupakan Menteri Pertahanan manakala Hadi adalah ahli parlimen biasa.

Pas berpecah dua dalam tahun 2015 apabila muktamar Pas tahun itu menolak 18 pimpinan utamanya melalui undi cai.

Mereka kemudiannya membentuk AMANAH dan bergabung dengan PKR, DAP dan kemudiannya Bersatu membentuk Pakatan Harapan (PH).

Pakatan Rakyat yang disertai Pas sebelum itu pecah dan parti dominan dengan warna hijau itu memasuki Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) secara bersendirian.

Walau bagaimanapun, Pas berjaya di Kelantan dan Terengganu dan membentuk kerajaan negeri manakala AMANAH bersama PH menang di peringkat pusat dengan menguasai 129 kerusi Parlimen dan memerintah di enam buah negeri.

Mohamad berbaju batik duduk selang tiga kerusi dari Abdul Hadi.

Tiada ulasan: