"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Derhaka pada Agong, PH gesa Peguam Negara letak jawatan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) membidas kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun berhuhung tiada keperluan undi percaya terhadap perdana menteri baharu di Parlimen.

Dalam satu kenyataan, Majlis Presiden PH menyifatkan Idrus sebagai biadap, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Berikutan itu, PH mendesak Idrus meletakkan jawatannya sebagai peguam negara kerana mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

“Ini juga merupakan kali kedua peguam negara telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara,” kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan.

Kenyataan dibuat secara bersama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, Idrus berkata pelantikan perdana menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Yang di-Pertuan Agong.

Idrus berkata, sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi oleh pihak lain.

Pada 18 Ogos lalu, Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh demikian, berkata langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH berkata gabungan parti pembangkang itu menjunjung titah Agong supaya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan perdana menteri ke-9 di Parlimen yang bermula 13 Sept ini.

Katanya, perdana menteri tidak harus mengguna pakai nasihat peguam negara yang salah itu.

“Sekiranya perdana menteri tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan perdana menteri ke-8 yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau sentiasa diragui dan dipertikai,” katanya.

Tiada ulasan: