"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Pas tanpa DAP?

JAMZURI ARDANI

Siapalah Pas tanpa DAP? Ibarat kereta tidak ada brek. Habis nanti semua dilanggarnya.

Pas sanggup melutut pada Umno pun sebab DAP. Walaupun sudah berlawan dengan Umno lebih 60 tahun. Walaupun sudah ramai yang mati dalam pertembungan tersebut. Walaupun ramai yang sudah menderita dan menjadi mangsa sepanjang tempoh tersebut.

Semua itu sudah berlaku. Akhirnya, Pas tekan brek atas alasan DAP. Maka DAP itulah breknya. Kalau tidak, dua parti Melayu ini akan terus bercakaran sampai sekarang.

Pas sanggup tinggalkan hudud juga sebab DAP. Kalau Pas masih bercakap pasal hudud macam dulu, BN pun tidak sanggup nak berkawan dengan Pas.

Bersatu pun belum tentu nak berkawan dengan Pas. Pas pun sedar nak lawan DAP, Pas perlu berkawan dengan Umno, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan Bersatu. Mana boleh cakap hudud dengan mereka sebab mereka semua itu pun antihudud juga.

Jadi, bab hudud ini, Pas pun kena tekan brek juga. Kalau tidak Pas akan terkontang-kanteng keseorangan. Sebab marahkan DAP, Pas terpaksa tinggalkan hudud. DAP menang, Pas kalah. Pas tekan brek. Breknya ialah DAP.

Pas juga sanggup jadi Pak Sanggup kepada Umno dan Bersatu sebab marah pada DAP. Sanggup jadi menteri dalam Kabinet yang gagal dan dimarahi rakyat. Sanggup ambil jawatan makan gaji buta. Sanggup doakan kemenangan untuk Umno. Sanggup mempertahankan kenyataan-kenyataan bodoh menteri-menteri PN. Sanggup mendiamkan diri terhadap kebiadapan tindakan MCA.

Paling teruk, sanggup menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Semuanya mereka sanggup. Semua sanggup dibuat kerana marah DAP.

Ibarat kereta yang sedang laju bergerak di lebuh raya terpaksa tekan brek kecemasan sebab ada handphone anak tercampak keluar tingkap.

Tiada ulasan: