"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai pemimpin, aktivis Pas jadi penjawat awam di agensi baharu kerajaan Terengganu

Harapandaily

Pertubuhan Muafakat Rakyat Terengganu baru (Muafakat) mempersoal pertambahan mendadak bilangan kakitangan awam kerajaan negeri itu yang perlu dibayar gaji, elaun dan bonus tahunan.

Pengerusinya, Zubir Muhamad berkata, ramai kakitangan awam baharu didakwa daripada kalangan pemimpin, ahli dan aktivis Pas yang dilantik menerusi agensi kerajaan yang baharu dibentuk oleh kerajaan negeri.

Antaranya, TSIS (Terengganu Strategic & Integrity Institute), I-Mits (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera), Duat (Akademi DIDIK ULAMA Amilin Terengganu), SRIDI, SMIDI dan lain-lain lagi.

“Kesemua agensi ini mendapat dana sepenuhnya dari Kerajaan Terengganun tetapi tugas sebenarnya kita tidak tahu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh tujuh tahun sahaja bermula 2017, kenaikan kakitangan awam di Terengganu adalah lebih 100 peritus.

“Pada 8 Jun 2017, Berita Harian menyiarkan bilangan penjawat awam di Terengganu adalah seramai 7,128 orang. Ini berlaku Ketika negeri ini ditadbir oleh Barisan Nasional.

“Pada 26 Ogos 2024 pula, Harian Metro menyiarkan kenyataan MB Terengganu bahawa penjawat awam di Terengganu adalah seramai 14,457 orang,” jelasnya.

Zubir menegaskan bahawa pertambahan mendadak itu berlaku ketika Terengganu ditadbir oleh Pas di bawah Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Kita ingin tahu, kenapa kenaikan kakitangan awam begitu mendadak di Terengganu selepas kerajaan bertukar tangan,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: