"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditetak di pusat beli-belah

FMT Reporters

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian dipercayai membabitkan unsur gengsterisme akibat dendam.
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki ditetak di sebuah pusat beli-belah di Seremban malam tadi.
PETALING JAYA: Seorang lelaki parah ditetak di sebuah pusat beli-belah di Seremban malam tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berparang menetak mangsa di kawasan tumpuan ramai.

Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai membabitkan unsur gangsterisme akibat dendam.

Katanya, mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun dalam kejadian kira-kira 8.15 malam tadi.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku dalam bangunan pusat beli-belah ketika mangsa sedang berehat seorang diri sambil merokok,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, mangsa dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki berlari dari eskalator aras bawah, di mana seorang daripadanya bersenjatakan parang.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak dikatakan dilibas berkali-kali oleh suspek. Selepas bangun, mangsa terus melarikan diri dan dipercayai diselamatkan rakan yang melihat kejadian itu.”

Katanya, mangsa yang dikejarkan ke hospital dengan luka di kedua-dua lengan, belakang badan dan kaki kanan dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu mencederakan manusia menggunakan senjata.

Menurutnya, suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menangkap mereka sedang dijalankan.

Beliau meminta individu mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat Tharvin di talian 019 3666048 atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: