"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja dituduh bunuh ibu bapa sebagai persediaan bunuh Trump

Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Moscow: Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC.

Remaja dari Wisconsin itu didakwa membunuh ibu bapanya bagi memperoleh sumber kewangan dan kebebasan untuk melaksanakan rancangan membunuh Trump dan menggulingkan kerajaan AS, menurut laporan saluran tersebut.

Menurut maklumat yang diperoleh, suspek berusia 17 tahun telah ditahan pada Mac lalu dan didakwa atas dua pertuduhan membunuh, menyembunyikan mayat serta beberapa pertuduhan lain.

Penyiasat percaya bahawa remaja itu mungkin juga terlibat dalam komplot terhadap Trump dan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran.

Menurut laporan itu, bahan berkaitan Nazi ditemukan dalam telefon bimbit remaja berkenaan, selain dokumen yang dia didakwa menyeru percubaan pembunuhan ke atas Trump.

Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang percaya remaja itu mungkin mempunyai rakan sejenayah.

Tiada ulasan: