Ramai terkejut profesor kehormat tergamak hina PM, universiti mana tu?
Harapandaily
Seorang individu bergelar profesor kehormat mengundang kecaman orang ramai apabila meninggalkan komentar berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri.
Komentar pakar kejuruteraan sungai dan kejuruteraan persekitaran hidro di sebuah universiti awam di utara Semenanjung Malaysia itu susulan banjir kilat di Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, ahli akademik yang difahamkan sudah bersara itu mengaitkan kejadian alam tersebut dengan bala yang berlaku pada era pentadbiran Perdana Menteri.
Susulan itu, netizen berkongsikan tangkap layar berkenaan lelaki berkenaan yang memiliki ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD dari dua universiti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Rata-rata menempelak ahli akademik yang berperangai keji itu lantaran tidak selayaknya dengan ijazah pengajian tinggi dimiliki.
“Ingatkan dah pakar ‘river engineering dn hydro environment engineering’ bolehlah bagi idea untuk selesaikan masalah banjir kilat tapi tulah hampeh.
“Ini Islam kata manusia paling tidak bermanfaat. Ada ilmu tapi tak digunakan untuk kebaikan. Malah, ilmu diguna untuk menghina dan wasangka buruk,” tegas pengguna X, Wahidul Azam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan