"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan PKR: Adun nafi tunjuk pistol pada pencabar

Malaysiakini 

Penyandang Ketua Cabang PKR Tambun, Arafat Varisai Mahamad menafikan dakwaan dia menunjukkan pistol kepada pencabarnya semasa kempen pemilihan parti.

Arafat yang juga Adun Hulu Kinta berkata dia akan membuat laporan polis berhubung tuduhan tersebut.

“Setiap kali tempoh pemilihan parti akan ada yang memfitnah untuk kepentingan politik calon yang menentang saya dalam pemilihan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

PKR Tambun bersama cabang-cabang lain di Perak telah mengadakan proses pemilihan parti hari ini.

Arafat kini dicabar oleh Shamsul Kamar Ani bagi jawatan Ketua Cabang PKR Tambun.

Terdahulu, A Kalaimughilan, yang merupakan rakan sepasukan Shamsul memuat naik satu video mendakwa Arafat hadir ke lokasi kempen dan mengacukan pistol ke arah kumpulan mereka.

Kalaimughilan bersama beberapa individu lain mendakwa mereka mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Dia turut mendakwa Arafat mengugut beberapa calon dalam pertandingan kali ini.

Tiada ulasan: