"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan ketua penerangan Bersatu ditahan atas dakwaan rasuah

Malaysiakini 

SPRM menahan Timbalan Ketua Penerangan Bersatu Mohamad Ali Mohamad semalam berhubung dakwaan rasuah.

Menurut peguamnya Rafique Rashid Ali, Ali yang merupakan bekas Adun ditahan pada pukul 6.30 petang semalam, ketika pasukan SPRM menyerbu rumahnya di Tangga Batu di Melaka.

SPRM turut mengambil keterangan daripada isteri dan anak-anaknya di pejabatnya di Melaka, dan mereka dibebaskan kira-kira pada pukul sembilan malam semalam.

“Setakat ini, kami hanya dimaklumkan yang dia ditahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM, berhubung dakwaan rasuah.

“Kami belum mendapat maklumat penuh berhubung dakwaan. Kami menjangkakan pegawai penyiasat akan memaklumkannya nanti,” kata Rafique.

Dia berkata Ali dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM untuk mendapatkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Tiada ulasan: