"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jenazah Pak Lah dikebumi di Makam Pahlawan

FMT Reporters
Jenazah Abdullah Ahmad Badawi dibawa keluar dari pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) untuk ke rumah peribadinya.
PETALING JAYA: Jenazah Perdana Menteri ke-5, Abdullah Ahmad Badawi, akan dikebumikan di Makam Pahlawan, esok.

Menurut Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah, keluarganya berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membenarkan pengebumian di Makam Pahlawan.

“Kita harap sesiapa yang ingin memberikan penghormatan negara kepada Pak Lah boleh datang ke Masjid Negara pada hari esok bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.

“Selepas zohor akan diadakan solat jenazah bagi Pak Lah, selepas itu akan dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara,” katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara.

Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah menghembuskan nafas terakhir 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Tiada ulasan: