Wartawan HM
Kuala Lumpur: Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Berita itu dikongsikan Khairy Jamaluddin yang juga menantu Abdullah menerusi Instagram Story.
"Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara, KL.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah," katanya dalam hantaran itu.
Allahyarham berusia 85 tahun.
Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan