"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M buka kapsul masa Wawasan 2020 lepas 28 tahun

N Faizal Ghazali
story-image
Walau dalam keadaan tangan berbalut kerana kecederaan tertentu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad membuka kapsul masa Wawasan 2020 pada program yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Kapsul masa yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 itu kini berusia kira-kira 28 tahun yang menyimpan pelbagai barangan terpilih.

Pada majlis itu Dr Mahathir tampil membuka kapsul dan mengeluarkan barang-barang yang terdapat di dalamnya termasuklah gambar-gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur, wang kertas RM2, poster Menara Kuala Lumpur, filem gambar, keratan iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video (VCD) dan beberapa barang lain lagi.

Hadir sama Dr Hasmah Mohd Ali, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, Pengarah Urusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan beberapa bekas menteri kabinet.

Kapsul masa tersebut ditanam bersempena perasmian Menara Kuala Lumpur dan sepatutnya dibuka pada 2020.

Namun, disebabkan pelbagai faktor termasuk pandemik Covid-19, pembukaan kapsul terpaksa ditangguhkan sebelum ini.

Tiada ulasan: