"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor berusia 74 tahun dikhuatiri hilang ketika luncur angin di Tanjung Bungah

Audrey Dermawan
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerahkan bagi seorang doktor berusia 74 tahun dikhuatiri hilang.- Foto PGO JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bagi mengesan seorang doktor berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 7.42 malam tadi.

Beliau berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan terus melancarkan operasi pencarian di permukaan air di perairan Tanjung Bungah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

John berkata, sebuah pos kawalan hadapan turut dibuka bagi menyelaraskan operasi pencarian.

Operasi berkenaan masih diteruskan dengan bantuan anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tiada ulasan: