"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganjur sabotaj perlawanan Chong Wei-Lin Dan?


Jurulatih pertikai penganjur tutup penghawa dingin hingga Chong Wei alami dihidrasi dan kekejangan otot
Chong Wei-Lin Dan: Unsur sabotaj?
Guangzhou: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mungkin gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan Dunia selepas terpaksa menarik diri di set penentuan ketika 17-20 berikutan mengalami kekejangan otot di kaki dan perut, sekaligus tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 21-16, 13-21, 20-17 pada aksi final di Gimnasium Tertutup Tianhe, malam tadi.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan terutama tindakan penganjur menutup penghawa dingin dalam stadium yang menyebabkan Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.

Ia seolah-olah ada unsur sabotaj bagi membolehkan Lin Dan merekodkan kejuaraan dunia buat kali kelima sepanjang kerjayanya.

”Perlawanan hari ini (malam tadi) memang kompetitif apabila kedua-dua pemain menunjukkan prestasi baik dan boleh disifatkan sebagai pertembungan antara dua lagenda badminton dunia.

“Namun, apa yang saya ingin pertikaikan adalah tindakan penganjur menutup penghawa dingin sehingga menyebabkan suasana dalam stadium menjadi terlalu panas. Itu yang menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot kerana tiada oksigen dan menyukarkannya bernafas,” kata jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Menurut Seu Bock, barisan pengurusan skuad negara sudah mengemukakan aduan ketika perlawanan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terhadap masalah itu namun badan induk berkenaan memberi maklum balas mengecewakan apabila menjelaskan yang mereka tidak tahu berhubung perkara itu.

“BWF kata itu bukan tanggungjawab mereka kerana penghawa dingin dikawal oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan (Local Organising Committee), jadi kami sendiri tidak tahu apa puncanya.”

“Kalah tetap kalah tetapi situasi seperti ini memberi petanda negatif terhadap sesuatu pertandingan dan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pemain. Chong Wei seorang pemain yang tidak mudah berputus asa dan sebab itu dia masih mahu bermain walaupun suatu ketika sudah mengalami kekejangan otot sebelum menarik diri,” katanya.

Chong Wei dikejarkan ke hospital tempatan sejurus selepas itu tetapi dilaporkan keadaannya stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

'Saya simpati nasib Chong Wei'

Sementara itu, Lin Dan menjadi pemain perseorangan lelaki paling berjaya dalam sejarah badminton dunia dengan lima kejuaraan dunia yang dirakamkan itu selepas kejayaan pada 2006 (Madrid), 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad), dan 2011 (London).

“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Chong Wei kerana kami sudah memberi aksi terbaik untuk penonton. Ketika saya mendahului 19-16, dia mula mengalami kekejangan otot dan saya bertanya kepadanya apa yang berlaku dan ketika itu saya sudah tidak fikir yang kami ini adalah lawan.

“Saya tahu dia tidak mahu menyerah kalah tetapi nasib tidak menyebelahinya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi lawan yang membuatkan bermotivasi tinggi mempamerkan aksi terbaik,” kata Lin Dan.
-bharian-

Hangat!!!Video penganut Buddha sembahyang dalam surau di Johor

laniismaa
Surau Tanjung Sutera Resort_Tanjung Sedili
Macam-macam ada. Malaysia kini ada pelbagai perkara pelik. Video bagaimana panganut Buddha menjalankan ritual agama mereka di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu telah dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah. Video yang berdurasi selama 1:25 saat kelihatan 13 orang penganut Buddha sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau. Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau.


Penjelasan dari Pengurus Tanjung Sutera Resort, Syed Ahmad Alkaff mengenai perkara ini..

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura.

Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

Pemilik Facebook mesti baca ini

Dukunpasir
GEMPARR!!!
NIK AZIZ KATA SEMBAHYANG RAYA NAJIB TIDAK SAH!"
.........................Dasatkan tuan puan!!
Disini penulis tunjukkan satu bukti BAHAWA IDENTITI ANDA SEBENARNYA dalam bahaya, Sila ambil sedikit masa anda membaca artikel ini kerana anda JUGA BOLEH MENJADI MANGSA DAN TERLIBAT DALAM FITNAH mereka!!

Tanpa perlu Hack @cereboh akaun Facebook anda,penulis mampu membuat FITNAH seterusnya menjatuhkan maruah anda melalui wall anda sendiri DENGAN hanya menggunakan GAMBAR PROFILE dan alamat ID FACEBOOK anda bagi menunjukkan ianya nampak nyata .

Anda perhatikan DULU beberapa contoh posting dibawah yang boleh DIJADIKAN ISU PANAS DALAM LAMAN mana mana laman WEB atau blog.
Kesan lebih besar jika fitnah ini dibuat melibatkan pemimpin ataupun artis terkenal seperti contoh dibawah....
FITNAH terhadap PERDANA MENTERI dan pemimpin pembangkang .
Posting ini diambil dari page asal Perdana Menteri cuma diedit bahagian komen .....
Klik pada gambar diatas untuk masuk kedalam ID Perdana Menteri untuk memastikan posting asal ini memang DIBUAT OLEH DS NAJIB SENDIRI .

Macam mana ianya dilakukan??

Oklah penulis cuma tunjukkan bukti bergambar dibawah sahaja supaya perisian ini tidak DISALAH GUNAKAN.

Katakan penulis hendak buat fitnah kepada Tok Guru Nik Aziz, penulis cuma perlu masuk kedalam wall FB beliau untuk dapatkan gambar profile yang digunakan.
Setelah gambar diambil, penulis lakukan editing seperti dibawah.
TIDAK SAMPAI 1 JAM, penulis sudah dapat siapkan FITNAH DAN dengan GUNAKAN PIC INI UNTUK DISEBARKAN dalam blog DENGAN TAJUK PANAS SEPERTI YANG PENULIS PAPARKAN DIATAS TADI.....

"NIK AZIZ KATA SEMBAHYANG RAYA NAJIB TIDAK SAH!!"

.......Dasatkan tuan puan!!
Dari semua posting palsu diatas,ianya dibuat seolah olah dari pemilik ID itu sendiri terutama dengan menggunakan GAMBAR PROFILE DAN nama yang anda gunakan dalam Facebook.

Memang akan ada yang TIDAK PERCAYA dengan posting palsu diatas...tetapi, BERAPA RAMAI PULA YANG AKAN MEMPERCAYAINYA??Ditambah pula dengan sikap kita yang MALAS MENCARI SUMBER BERITA YANG SAH...malas membaca komen yang panjang berjela kerana kadang kala dalam setiap komen pengguna Facebook itu ada sumber atau berita yang dapat "mematikan" satu satu ISU PANAS.....

Seperkara lagi...perisian ini dicipta SEKADAR UNTUK HIBURAN ........tetapi JIKA DISALAHGUNA maka jadilah ISU PANAS SEPERTI DIATAS...........

Sumber