"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Setiausaha Politik Azalina Ditahan SPRM

Setiausaha Politik yang dimakasudkan ialah ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said iaitu Sdr Amran Mat Noor:-

Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.

Dia dibebaskan awal pagi semalam.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan setiausaha politik tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno.

Perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu, akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. 

Sebelum ini, beberapa kes yang membabit dakwaan pemberian rasuah telah dibawa ke mahkamah.

Pada 22 Januari lalu, seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.

Pada tarikh yang sama juga, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Raub.

Manakala di Ipoh pula, seorang naib ketua Umno bahagian Beruas tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 22 Januari lalu atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakarian juga turut disoalsiasat oleh SPRM selama lebih lapan jam Januari lalu.

Berikutan itu, seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Maran telah membuat laporan polis, mendaka bahawa dia dipaksa oleh SPRM untuk membabitkan Norza dengan amalan.                                                 -malaysiakini-

Keluarga Kugan seret Hospital Serdang ke polis

Keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung lapan perbezaan terang-terangan antara keputusan bedah siasat pertama dengan kedua.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 07Ditemani peguam N Surendran, beberapa ahli keluarga mendiang  membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 11 pagi terhadap pengarah dan doktor patologi Hospital Serdang yang mengeluarkan keputusan bedah siasat awal.

Turut hadir ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam dan ahli parlimen DAP Teluk Intan, M Manogaran.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mendiang mati akibat kecederaan dalaman setelah dibelasah dengan teruk sewaktu ditahan di balai polis Taipan, Subang Jaya.

a kugan police assaulted indian youth pj ipd report 060309 m indraKugan direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan kes kecurian kereta mewah.

Bedah siasat ulangan dibuat susulan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat Hospital Serdang pada 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.

Bedah siasat itu juga mendapati pakar patologi pertama hanya menyenaraikan 22 kesan kecederaan pada mayat. 

Bedah siasat kedua di PPUM bagaimanapun mendapati hampir 40 lagi kecederaan, kesan bakar dan calar.

Ia memutuskan, kematian pemuda 22 tahun itu akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat.                                                                                                                              -malaysiakini-

S'gor kejar Dr Khir isu beli aset Arab Saudi

Kerajaan Selangor hari ini mengejar lagi bekas menteri besarnya Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pembelian aset di Arab Saudi yang berkemungkinan menyalahi Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Akta Kawalan Pertukaran.

Dr Mohamad Khir mewakili anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dalam pembelian hartanah Menara Al Marwa Makkah dengan seorang individu pada 2007, kata setiausaha politik menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

al marwa tower part of the abraj al bait towers complex mekah mecca 250209 03Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga wakil rakyat Seri Setia, berkata kerajaan negeri berharap Dr Mohamad Khir dan individu tersebut - yang tidak dinamakan - "tampil kehadapan untuk menjelaskan perkara sebenar". 

"PNSB juga telah mendapat khidmat nasihat daripada Bank Negara tentang perkara ini agar syarikat itu bersih daripada tuduhan bersubahat melakukan kesalahan di bawah (dua) undang-undang tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut resolusi lembaga pengarah syarikat itu bertarikh 14 September 2007, PNSB memutuskan pembelian lima unit hartanah berharga RM8.3 juta. 

"Bagaimanapun rekod menunjukkan bahawa di antara 17 September  dan 19 September 2007, PNSB telah meremitkan (bayar) RM25.6 juta ke Arab Saudi untuk pembelian 12 unit hartanah.

"Kemudian di antara 25 September dan 3 Oktober 2007, PNSB telah menerima bayaran sebanyak RM17.2 juta daripada seorang individu yang dikatakan untuk penjualan tujuh unit hartanah dari Arab Saudi," kata Nik Nazmi lagi.

"Pembelian hartanah oleh PNSB dibuat dalam matawang Riyal sedangkan penjualan kepada individu tersebut (dibuat) adalah matawang RM.

"Sehingga hari ini, PNSB tidak mempunyai apa-apa rekod yang menunjukkan bahawa individu yang membeli hartanah daripada PNSB telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membeli hartanah di luar negara."                                               -malaysiakini-