"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

LIMBANG: Kerajaan Malaysia Penipu Besar - Isu Ke Bukit Gantang


  • Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei Dato Seri Setia Lim Jock Seng hari ini telah menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lepas.

    Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas laporan kononnya Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang serta beberapa tuntutan lain yang diminta oleh Malaysia dan dilaporkan dalam beberapa buah akhbar hari ini.

    Beliau menegaskan satu kenyataan akhbar bersama telah dikeluarkan selepas mesyuarat itu yang menyebut mengenai penandaan sempadan daratan antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan perjanjian sejarah yang wujud antara Kerajaan Brunei dengan Negeri Sarawak, dan, sebagaimana sewajarnya, berdasarkan prinsip watershed.

    "Selepas itu satu kumpulan kerja terdiri daripada jurukur am kedua-dua negara akan melaksanakan aspek-aspek teknikal bagi menyelesaikan isu sempadan tanah," ujar Lim.

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas upacara menandatangani LoE pada Isnin berkata Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, bahagian yang terletak paling utara di Sarawak.

    Ia telah dilaporkan oleh agensi berita negara, BERNAMA dan beberapa buah akhbar arus perdana di negara ini pada 17 Mac lalu dengan tajuk-tajuk yang megah dan menipudaya.

     
    Abdullah telah dilaporkan berkata kepada pemberita Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia :"Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang dan dengan ini Limbang akan menjadi sebahagian dari wilayah kita.

    “Apa yang lebih menggembirakan lagi ialah isu-isu sempadan dan perkara-perkara pokok yang berlarutan begitu lama sejak 1995 telah dapat diselesaikan.”

    Namun, menurut Menteri Hal Ehwal Brunei itu, apa yang sebenarnya dirundingkan ialah berkenaan dengan sempadan darat seluruhnya dan isu Limbang tidak dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Abdullah.

    Dato Seri Setia Lim berkata perenggan tiga kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan petang semalam menyebut kedua-dua pihak bersetuju kepada asas-asas bagi penyelesaian isu-isu yang telah berpanjangan seperti menggunakan perjanjian-perjanjian yang telah lama wujud sebagai asas dan prinsip-prinsip watershed.

    Selepas itu satu kumpulan petugas (working group) yang akan melibatkan Juru Ukur Agung kedua-dua pihak akan menetapkan aspek-aspek teknikal untuk menyelesaikan sempadan darat, jelasnya.

    Beliau berkata perenggan enam kenyataan akhbar bersama itu ada menyebutkan: "Pembatasan sempadan-sempadan tanah di antara kedua-dua buah negara akan diselesaikan berdasarkan kepada lima buah perjanjian bersejarah yang ada pada masa ini di antara kerajaan negara ini dengan kerajaan Sarawak dan juga jika bersesuaian prinsip-prinsip watershed, sejurus itu segala isu berkaitan dengan sempadan-sempadan tanah kedua-dua buah negara akan diselesaikan mengikut apa yang berpatutan." 

Tiada ulasan: