"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO MELAKA YANG SAMA MELOYAKAN

  Assalamualaikum,


Adalah sangat jelas seluruh UMNO itu busuk dan membusukkan, rosak dan merosakkan serta najis dan menajiskan. Sebabnya ialah:

1. UMNO Melaka jelas menunjukkan rasa terkilan, kecewa serta marah kerana ketua mereka didapati mengamalkan rasuah dan hilang kelayakan bertanding.

2. Tidak timbul rasa bersyukur di kalangan mereka apabila satu bahagian busuk mereka telah dipotong agar tubuh mereka tidakmenjadi
 gangerine.

3. Tidak timbul rasa terkilan dalam diri mereka sekiranya ketua mereka didapati rasuah dan hilang kelayakan bertanding tetapi dalam masa yang sama masih terus menjawat jawatan awam, iaitu ketua menteri Melaka.

4. Tidak timbul rasa jijik dalam sanubari mereka sekiranya ketua itu rasuah, tetapi terus berpaut kepada kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.

5. Mereka sepatutnya juga tahbu, sekiranya ketua mereka rasuah, bukan sahaja beliau tidak layak bertanding jawatan dalam parti, tetapi lebih penting lagi ialah beliau perlu melepaskan jawatan awamnya. Sekiranya beliau mempunyai maruah. Sekiranya UMNO Melaka mempunyai maruah. Sekiranya UMNO mempunyai maruah.


Tetapi mereka tidak punya maruah. Peduli apa dengan itu semua!

Tiada ulasan: