"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jemaah Exco Pulau Pinang Haram NST Buat Liputan


   

Mulai hari ini semua exco kerajaan negeri Pulau Pinang bersepakat mengharamkan akhbar New Straits Times membuat sebarang liputan acara dan sidang media mereka.

Menurut Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy langkah itu diambil berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa 'berbaur fitnah dan tidak benar'.

Sebelum ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau sedang menimbang sama ada mahu mengenakan larangan ke atas NST kerana sikapnya yang berat sebelah dalam laporan terhadap beliau dan kerajaan negeri.  

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: