"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib tidak terhutang apa-apa pada saya...

Selepas Tan Sri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno, maka peluang untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memenangi jawatan tersebut dianggap semakin cerah.

najib deneis allegations of buying state assembly person 260209 01Semalam, bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan beliau lebih menyenangi Muhyiddin sebagai timbalannya.

Bercakap di satu majlis di Institut Integriti Malaysia semalam, katanya, beliau lebih suka memilih seseorang yang menunjukkan 'integriti dan berkemampuan, daripada 'taat setia'.

"Jika seseorang itu taat kepada bos tetapi tidak mempunyai integriti dan kemampuan, maka bos boleh jatuh kerananya," katanya.

Ini dianggap sebagai satu isyarat bahawa Najib menyenangi menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) itu menjadi timbalannya.

Mohd Ali sebelum ini dilaporkan berkata Muhyiddin tidak boleh menjadi timbalan yang baik kerana beliau (Muhyiddin) mensasarkan jawatan presiden pada masa terdekat ini.

Seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib -  yang sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak bercita-cita untuk menjadi perdana menteri - juga mengingatkan bahawa timbalan yang kuat boleh mengancam bosnya.

muhyiddin yassin interview 100309 02Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa lebih awal daripada 2010, bukan kerana Najib.

"Saya tidak fikir bahawa apa yang telah saya lakukan, telah meletakkan Najib di mana beliau berada sekarang. Saya tidak fikir ianya adil dan saya mahu memperbetulkan (tanggapan tersebut)," katanya dalam wawancara dengan 
Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur minggu lalu.

"Beliau tidak terhutang apa-apa pada saya. Saya lakukannya demi kerana parti, dan kerana negara," katanya.  

-malaysiakini-

Tiada ulasan: