"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Khir Toyo suruh saya cari Lutfi'

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin 

"...saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi..."Penolong 

Pengarang HarakahdailyAZAMIN AMINdan jurugambarNASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.

HARAKAH:Apa status kes Nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn setakat ini?

SUFFIAN:Pada 23 April depan ianya akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang.

Apa hasrat saudara dan mahukan sebenarnya?Image

Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.

Dia dakwa saya macam-macam..'the damage is done' walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya.Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling... tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak, bulan puasa ke atau Hari Raya ke, jauh sekali hari jadi..seolah-olah dia 'membuang' anaknya sendiri.

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku?

Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis)

Setakat ini status laporan polis bagaimana?

Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ianya terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan Islam...mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh 'privasi'. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno.

Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?

Dato' Seri Khir Toyo...tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak 'support' dia dalam pemilihan.

Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Dr Rahman digugurkan tetapi kenapa dia masih lagi dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas. Saya ada juga jumpa pemimpin Umno yang lain (off record) tetapi mereka K.I.V (Keep In View) saja.

Ini kejadian ke berapa kali?

Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Bila saya 'check' memang tepat.

Ada yang kata ianya teknik super-impose (cantuman, tindanan) dan ada pihak ketiga?

Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi...tengok. Super-impose ke tidak?

Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli parlimen Dr Rahman?                                                        Baca selanjutnya:-http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019891&Itemid=35

Tiada ulasan: