"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Himpunan besar-besaran bantah ISA ditangguh Jun 2009

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Perhimpuan besar-besaran mansuhkan ISA yang sepatutnya dilaksanakan Mac 2009 dijangka akan ditetapkan pertengahan tahun ini. Demonstrasi aman itu tertangguh berikutan himpunan 100,000 membantah pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Norlaila Othman, isteri Mat Sah Mohd Satray yang dikurung sejak tujuh tahun lalu yang juga aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) berkata, himpunan yang dirancang sejak tahun lalu itu akan terus diadakan sebaik segala persediaan perlu dipersiapkan.

Dalam kunjungannya ke pejabat Harakah, baru-baru ini, Norlaila berkaita, perhimpunan itu membabitkan parti-parti pembangkang dan NGO bagi menunjukkan sanggahan terbuka terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu.

"Saya yakin dengan kemampuan pihak penganjur untuk menjayakan demo ini, apatah lagi jika ia membabitkan, seperti Pemuda PAS Wilayah Persekutuan," ujar Norlaila, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Laila.

Ditanya apakah beliau kecewa apabila himpunan membantah PPSMI dilaksanakan terlebih dahulu, Norlaila berkata, "mulanya saya beranggapan begitu, tetapi selepas saya melihat ada impak positif dalam demo, saya merasa ada baiknya ia dikemudiankan."

"Kemungkinan PPSMI ni akan membuka ruang lebih ramai mata untuk melihat, bahawa bukan sahaja PPSMI sahaja menjadi masalah pada rakyat Malaysia tetapi ISA itu adalah raja atau ibu segala masalah yang ada," katanya.

Dalam pertemuan itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman nemberi jaminan pihaknya akan menerbitkan sebuah buku khas mengenai perjuangan menentang ISA, termasuk pengalaman isteri-isteri tahunan menempuh kesukaran hidup.

"Kami sedang mengumpul maklumat kezaliman ISA dan kebanyakannya akan ditulis dalam bentuk lebih kreatif," katanya lagi.

Tiada ulasan: