"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis keluar surat perintah panggil Helmi

Polis telah mengeluarkan surat perintah bagi memanggil teman lelaki Ahli Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong agar tampil untuk membantu siasatan berhubung penyebaran gambar separuh bogel Adun tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah itu telah diserahkan melalui bapa teman lelaki Elizabeth yang dikenali sebagai Helmi.

"Minggu lepas polis telah mengambil keterangan bapa Helmi di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk membantu siasatan dan kita juga telah menyerahkan surat perintah itu melalui bapanya, lapor Bernama.

"Kita mahu Helmi tampil untuk memberi keterangan kepada polis bagi membantu menyelesaikan kes ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Polis sebelum ini mengesahkan Hilmi, 32, merupakan satu-satunya saksi yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth awal bulan lepas.

Bagaimanapun, Muhammad Sabtu enggan mengulas mengenai tempoh yang diberikan polis kepada Helmi untuk tampil memberikan keterangan.

"Tempoh yang diberikan itu bergantung kepada polis, saya tidak boleh memberitahu maklumat penuh kes ini kerana ia akan menganggu siasatan.

"Polis juga percaya Helmi masih berada di Indonesia," katanya.

Ketika ditanya mengapa polis tidak bertindak mengeluarkan waran tangkap terhadap Helmi atau menggunakan khidmat Interpol mengesan lelaki itu, beliau menjelaskan, polis tidak boleh sesuka hati berbuat demikian kerana lelaki itu hanya diperlukan untuk membantu siasatan.

"Helmi bukan 'dikehendaki', kita hanya mahu minta beliau memberi keterangan," kata Muhammad Sabtu.

Sehingga kini, hampir 20 orang termasuk wartawan telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu.

 -malaysiakini-

Tiada ulasan: