"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MUKTAMAR PEMUDA MENERIMA TETAMU KEHORMAT DARI HAMAS PALESTIN

Muktamar Pemuda dikejutkan dengan kunjungan hormat tetamu agung PAS dari Hamas Palestin iaitu Dr. Marwan Abu Ras, Ahli Parlimen Palestin dari Hamas dan Syeikh Mahmud Siyam, Bekas Imam Masjid Al Aqsa dan juga bekas Reaktor Uni. Islam Ghaza. Mereka diberi penghormatan dengan menyampaikan ucapan dalam Muktamar tersebut.

Dalam ucapan tersebut, Dr. Marwan menceritakan perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh Yahudi Israel Laknatullah, dan bagaimana semangatnya rakyat Palestin yang menentang pencerobohan Yahudi walaupun mereka tidak dilengkapi dengan senjata.

Dr. Marwan mengajak pemuda-pemuda Islam PAS bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin dengan menggunakan apa sahaja cara bagi menyalurkan bantuan. Dr. Marwan turut menceritakan bagaimana rumah-rumah tempat kediaman rakyat Palestin, bangunan-bangunan termasuk sekolah dan hospital yang dibom hingga hancur oleh Yahudi Israel.

Dr. Marwan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada umat Islam Malaysia khususnya PAS yang banyak membantu perjuangan umat Islam Palestin.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Marwan telah menerima sumbangan derma RM 19,000 yang berjaya dikutip oleh pemuda-pemuda PAS negeri Perak.

Tiada ulasan: