"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Definisi Semula Cemerlang Dan Rasional Dalam SPM – Satu Kelucuan Dan Kebodohan

Berikut ialah aspek yang perlu dikaji berdasarkan arahan dari Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) untuk dijadikan justifikasi untuk membenarkan 10 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia – Utusan Malaysia 29/05/2009

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

Lucu pun ada, lawak pun ada dan bodoh pun ada bila kenangkan nasib malang yang menimpa ahli-ahli akademik dan professional yang akan dikerah untuk membuat kajian berdasarkan aspek digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri (Menteri Pelajaran) seperti di atas.

Sejarah membuktikan dua tahun berturut-turut pelajar yang mendapat 20A lebih dalam SPM adalah dari aliran agama, kedua-duanya dari Kelantan. Semasa Amalina dari Johor (Negeri asal Muhyiddin Yassin) berjaya berbelas-belas A dalam SPM, gegak gembira UMNO memberi gelaran kejayaan sebagai sebuah kecemerlangan. Tetapi kenapa kini perlukan kajian semata untuk menakrif semula maksud kecemerlangan sepertimana diaspekkan oleh Muhyiddin seperti di atas itu?

Saya telah menulis tentang betapa pelajar cemerlang 2008 tidak ada kerana ia tidak diistihar. Sila rujuk tulisan berkenaan di sini http://www.marhaen.info/v2/mar_a_muramatsu139.html .

Oleh kerana Amalina anak UMNO yang berasal dari Johor di tempat kelahiran UMNO serta tempat asal Menteri Pelajaran serta kaum kerabat bangsawan dalam UMNO, maka Amalina diangkat dan dijulang melangit. Amalina telah dijadikan contoh oleh Menteri Pelajaran UMNO pada masa itu supaya diikuti oleh pelajar SPM kemudiannya. Apabila ia dijulang sebegitu rupa, sudah tentulah ia jadi idola dan ikutan pelajar lain.

Kerajaan pula menggalakkannya dengan slogan, terutamanya slogan Malaysia boleh. Hasil dari slogan dan cara UMNO julang Amalina itulah sebenarnya rasional kenapa masing-masing ingin bertanding untuk dapat banyak A dalam SPM. Kini Menteri Pendidikan minta kajian dibuat dalam aspek rasional atau tidak ambil banyak subjek dalam SPM. Kalau ia tidak rasional, maka Menteri Pelajaran dulu iaitu kawan seUMNO dengan Muhyiddinlah yang tidak rasional.

Alasan kononnya bimbang takut tidak berlaku adil kepada pelajar lain adalah sangat lawak. Kenapa ia dibimbangi sedangkan syarat-syarat sudah jelas pelajar yang layak dan pelajar tidak layak. Lainlah kalau syarat ditetapkan demikian – iaitu pelajar mesti cemerlang dalam banyak subjek.

Kalau ia dijadikan syarat demikian, maka tukang yang buat syaratlah yang bodoh.

Alasan bodoh dalam dunia mengenai SPM ini ialah kurangkan subjek maka beban ibu bapa boleh dikurangkan. Ia dikatakan bodoh dalam dunia kerana pengajaran matematik dan sains (PPSMI) menggunakan bahasa inggeris itulah yang membebankan ibu bapa. Walaupun PPSMI adalah kes berbeza, tetapi ia dibawah seliaan Menteri Pelajaran yang sama. Bahkan beban ibu bapa dalam PPSMI adalah lebih berat berbanding beban ibu bapa yang anaknya ambil SPM. Kerana usia pelajar yang ambil PPSMI adalah lebih kecil tetapi tempoh yang terlibat pula dalam masa yang lama.

Untuk memahami duduk perkara persoalan ini tidak payah. Sebenarnya pelajar di sekolah agama mempunyai lebih peluang untuk ambil banyak subjek, dan kesemuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain – dalam kontek ini yang disebut oleh Muhyiddin sebagai subjek bertindih. Subjek agam memang begitu, apa boleh buat.

Oleh yang demikian, peluang untuk mendapat banyak A lebih besar di sekolah-sekolah aliran agama. Pelajar dialiran agama juga mempunyai kelebihan kerana mereka boleh belajar sendiri di mussalla atau masjid-masjid secara tidak rasmi kerana ilmu berkenaan sama saja. Hatta dalam ceramah PAS pun ilmu berkenaan boleh dipelajari untuk jawab soalan peperiksaan SPM.

Tambahan pula sekolah-sekolah jenis ini kebanyakkannya berada di Negeri-negeri yang diperintah oleh PAS, terutamanya Kelantan yang sudah 2 kali mencatat sejarah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Malaysia.

Secara umumnya, mengurangkan subjek dapat mengurangkan beban pelajar dan guru, tetapi mewajibkan supaya tidak melebihi 10 subjek itu tidak perlu kerana mangsanya nanti adalah sekolah aliran agama.

Ini semua adalah hasil buah fikiran pencatur kuasa (seperti disebut oleh Ruhanie Ahmad Kuda Kepang), kecualilah pencatur kuasa UMNO itu jenis yang tidak ada agama tetapi jenis maging dan maun saja.

Muramatsu
UK

04.06.2009

Tiada ulasan: