"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muktamar PAS 55 : Logo tiga helai daun tanda penghargaan wanita

Saidah Hairan Foto:Wan Zahari Wan Salleh

SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Logo tiga helai daun berwarna hijau, biru dan merah membawa seribu erti kepada perjuangan Dewan Muslimat PAS terutama dalam era kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.

Dalam logo tersebut mengandungi jalur-jalur kuning yang melambangkan keceriaan dan tiga helai daun menunjukkan penghargaan kepada wanita.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapan berharap wanita perlu mengubah minda kerana selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip negatif.

Menurut beliau perubahan minda itu penting bagi memastikan wanita seluruh negara mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat serta boleh membawa kemunduran daripada segala aspek.

Beliau menegaskan, kekurangan ilmu perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif.

"Kita perlu lakukan usaha perubahan minda bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah," tegasnya.Image

Beliau berkata, pemikiran negatif yang berpada dalam �zon selesa�, takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita khususnya Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru.

Masalah itu ditambah dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha dan akhirnya ramai tertipu dengan pelbagai tipudaya skim cepat kaya dan sebagainya.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat perlu memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan dan mesasarkan wanita bandar, luar bandar dan warga emas khususnya wanita Melayu.

"Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan dalam masyarakat," tegasnya.


Tiada ulasan: