"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siti Zailah timbalan ketua Dewan Muslimat PAS yang baru


SHAH ALAM, 4 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat menukar timbalan ketuanya, kepada orang baru apabila Siti Zailah Yusof bekas naib ketua menang menewaskan Wan Hasrina Yusof, timbalan ketua sebelum ini.

Siti Zailah mendapat 142 undi iaitu majoriti 52 undi berbanding penyandangnya yang mendapat 90 undi.

Ketua Dewan Muslimat kekal kepada Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 136 undi berbanding pencabarnya Dr Asiah Ali yang mendapat 100 undi.

Berikut adalah keputusan penuh untuk Dewan Muslimat yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih untuk Dewan Muslimat Mohamed Diah Baharun.

Pengerusi Tetap
Noraini Husain - 81 undi
Nor Hashimah Deraman - 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail - 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad - 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh - 136 undi
Dr Asiah Ali - 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof - 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan - 90 undi

Exco DMPP
1. Wan Ubaidah Omar - 196
2. Dr Halimah Ali - 173
3. Mastura Mohamad - 173
4. Aiman Athirah Al Jundi - 162
5. Dr Najihatul Salihah Ahmad - 158
6. Dr Siti Mariah mahmud - 156
7. Dr Rosni Adam - 155
8. Azizah Khatib Mat - 147
9. Salbiah Abd Wahab - 147
10. Nurul Huda Yusof - 135
11. Wardatul Jannah Sofia - 125
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim - 122
http://siasahdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: