"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejayaan anjur muktamar, Umno cemburui PAS Selangor

Muhammad Arif Ismail

SHAH ALAM, 4 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali menegaskan bahawa Umno Selangor cemburu dengan kemampuan PAS negeri ini menganjurkan Muktamar yang ke-55 pada tahun ini.

Menurut beliau, saranan yang dikeluarkan oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo yang menuduh PAS menggunakan wang Kerajaan Negeri untuk menganjurkan Muktamar menjelaskan sifat cemburu tersebut.

Sebaliknya Dr Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Gombak menegaskan bahawa pengajuran Muktamar ini adalah sumbangan dari ahli PAS itu sendiri.

"Kita tidak menggunakan kemudahan Kerajaan Negeri kecuali kita jemput mereka untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka.

"Ini seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ada barangan yang hendak dijual seperti hartanah,"jelasnya selepas membuat persiapan terakhir untuk Muktamar PAS Pusat di pekarangan Stadium Melawati petang tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz dan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir

Katanya, kalau Khir Toyo datang tengok sendiri macam mana kita menguruskan Muktamat yang ke-55 ini, saya rasa dia sendiri akan masuk PAS.

"Esok dapat membuktikan segala-galanya, bagaimana multimedia berfungsi dengan baik ketika perasmian muktamar pada kali ini," katanya.


Tiada ulasan: