"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manek Urai : SPR jangka pilihan raya kecil Dun Manek Urai sengit

MH Irwan

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya kecil Dun Manek Urai agak sengit memandangkan kemungkinan berlaku pertembungan dua parti yang sama kuat.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berharap suasana aman seperti berlaku pada pilihan raya kecil di Penanti 31 Mei lalu juga berulang di Manek Urai.

"Saya tidak pasti situasi aman di Penanti itu berlaku kerana Barisan Nasional tidak menyertai pilihan raya kecil tersebut.

"Boleh dikatakan 100 peratus pilihan raya kecil Dun Penanti baru-baru ini tidak ada perayu undi," katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, petang semalam.

Menurutnya mengikut sub seksyen 26 (1) Akta Pilihan Raya 2004 adalah dilarang aktiviti kempen atau meraih undi pada hari mengundi.

Beliau juga berharap pengundi menggunakan kemudahan disediakan SPR pada hari mengundi di samping mematuhi segala peraturan ditetapkan.

Abdul Aziz juga berkata, seramai 400 pertugas SPR akan dilantik bagi melancarkan proses pengundian pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi berkata, polis akan memastikan keadaan kempen dan proses pengundian di Manek Urai terkawal dan selamat.

Pilihan raya kecil Dun Manek Urai diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.


Tiada ulasan: