"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Walaupun puasa belum bermula, duit raya sudah tersedia di Permatang Pasir

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Sejak sebelum hari penamaan calon, penduduk Permatang P[permatang-pasir-signpost.jpg]asir telah dikhabarkan dengan dakwaan Majlis Peguam Malaysia (MPM) berhubung isu penipuan yang dilakukan calon BN, Rohaizat Othman.

Malah pendedahan MPM ini juga dijadikan modal pengundi Permatang Pasir bagi membantah pencalonan beliau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun akhirnya bantahan itu ditolak.

Suasana kempen yang masuk hari kedua, tidak sunyi dari memperkatakan isu moral Rohaizat yang ditarik semula lesen guamannya akibat dakwaan tersebut.
Walaupun dalam akhbar-akhbar utama pro-Umno menafikan dakwaan itu, namun pengundi di Permatang Pasir berkira-kira akan sentimen tersebut menjadi salah satu 'tanda aras' bagi mereka memilih wakil rakyat.

Calon PAS, Ustaz Salleh Man lebih selesa dengan gayanya yang cukup bersahaja dan sebagaimana yang digelar AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu bahawa calon PAS itu seorang yang konsisten dalam perjuangan.

Biarpun memiliki Ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya 20 tahun lalu namun Salleh memilih untuk berkhidmat untuk PAS dan rakyat.

Enam kali menyertai pilihan raya umum tanpa menang, Ustaz Salleh bak kata bekas calon Parlimen Kepala Batas, Ustaz Mohd Subri Arshad 'tetap istiqamah' dan tidak jemu mendukung aspirasi rakyat.

Ustaz Salleh sendiri apabila diajak berbincang mengenai aspirasi dan agendanya, beliau mudah menyimpulkan bahawa pemilihannya diterima baik akar umbi.

Malah, beliau sendiri beriltizam akan meneruskan warisan 'molek' yang ditinggalkan Allahyarham Dato' Hamdan Abdul Rahman di Permatang Pasir.
Sikap Ustaz Salleh yang mudah mesra dengan setiap yang menemuinya dilihat satu advantage,selain kesederhaan yang dimiliki.

Ustaz Salleh pernah bertugas sebagai pengurus sebuah sekolah swasta, pegawai masjid dan pendakwah bebas mudah ramah dengan pengundi tak kira Melayu, India dan Cina.
Mohd Salleh mendakwa beliau mahu meneruskan perjuangan dan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh allahyarham Hamdan.

Berbalik kepada imej Rohaizat, walaupun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menyatakan bahawa tuduhan Majlis Peguam itu bukan satu kontroversi, namun persepsi sudah melayap.

Wajah sebenar Rohaizat bagi pengundi di sini sudah mula dilihat, dan ada beberapa penduduk kampung sendiri tak mengenali batang tubuh Rohaizat.
Tak dinafikan, Umno-BN akan terpaksa menangkis serangan dari Pakatan Rakyat akan isu kontroversi membabitkan calon BN itu.

Sejak hari penamaan calon, batang tubuh Rohaizat sudahj tergalas satu liabiliti yang sukar untuk dipadam, hinggakan TPM yang terpaksa menjawab.
Pastinya telahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Salleh seorang yang berlatarbelakang pengetahuan agama, sifat baiknya dan kelayakan akademiknya menjadi aset kepada PAS.

Mungkin bayangan sikap Allahyarham Hamdan yang sederhana boleh juga memberi suntikan modal kepada PAS, sebaik calon Umno-BN menghadapi dakwaan moral.

Namun Presiden PAS menyedari bahawa BN akan menggunakan taktik kempen yang hampir sama dan beliau yakin BN akan menggunakan pelbagai taktik dan jentera kerajaan untuk meraih undi.

Walaupun ramai yang yakin bersandarkan kepada kekuatan PAS di Permatang Pasir selama tiga penggal,namun beliau tetap mengharapkan kerja keras jentera melipatgandakan usaha bagi meraih kemenangan yang lebih besar kali ini.
Peringatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ada benarnya, BN akan menggunakan segala taktik termasuk wang dan pihak berkuasa untuk berkempen.
Justeru, ketahanan jiwa yang tinggi dikalangan pengundi pasti teruji dengan kempen BN yang dijangka ala Manek Urai.

Samada pilihan pengundi akan memihak kepada calon 'kontroversi' atau calon yang sederhana jiwanya, pastinya corak kempen akan mewarnai pemikiran pengundi.

Namun pastinya 'duit raya' rasuah pembangunan dan janji manis akan mewarnai Ramadan di Permatang Pasir.

Pilihan Raya kecil Permatang Pasir adalah pilihan raya kecil yang ketiga diadakan di sini dalam tempoh setahun dalam Parlimen Permatang Pauh sejak Ogos 2008.
Pada Ogos 2008, sebaik Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan selaku ahli Parlimen, pilihan raya kecil menyaksikan suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipilih selepas menewaskan Dato' Arif Shah Omar Shah (BN).

Pilihan raya kecil Permatang Pasir terpaksa diadakan 25 Ogos ini selepas kematian Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mewakili kawasan itu selama tiga penggal.
Pada 2008, Hamdan mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 undi, dengan menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib.
Dalam pilihan raya umum tersebut, PAS memenangi kesemua sembilan pusat pengundian dalam Dun tersebut, yang terdiri daripada Sama Gagah, Permatang Ara, Permatang Pauh, Bukit Indera Muda, Kampung Pelet, Kubang Semang, Tanah Liat, Cross Street dan Permatang Tengah.

Daripada 39 saluran dalam Dun berkenaan, PAS hanya tewas dua, Permatang Ara dengan tujuh undi dan Bukit Indera Muda dengan 15 undi.

Dun berkenaan mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36 peratus pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain. Sementara tambahan 300 pengundi baru telah didaftarkan kali ini.
-detikdaily.net-

1 ulasan:

mudah urus wang berkata...

Jom buat duit raya!!! (klik sini) untuk dapatkan 10 tips buat duit raya. Selamat mencuba.