"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Teoh: Surat misteri dibawa ke balai

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat.

Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud pakatan antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Manikavasagam berkata beliau menerimanya di pusat perkhidmatannya di Kapar.

Beliau turut menunjukkan salinan surat itu kepada wartawan.

Selain Manikavasagam, surat tersebut juga dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan beberapa pihak lagi, termasuk Suara Keadilan dan Sinar Harian.

Beliau mahu polis menyiasat mereka yang disebut dalam surat tersebut.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: