"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: UMNO BERSELINDUNG DISEBALIK KUASA POLIS

Setelah berjaya menundukkan istitusi penting negara ini badan eksekutif di bawah Barisan Nasional kini dilihat melaksanakan agenda politik menggunakan kuasa yang pada hakikatnya tidak ada padanya.

Ini termasuk memperkudakan institusi polis bagi menyempurnakan pengukuhan dan kesinambungan kuasa politik beberapa kerat pemimpin Umno dan BN.

Sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata Umno dan BN mampu berbuat demikian kerana rakyat secara amnya tidak faham tanggungjawab mereka memantau setiap gerak langkah kerajaan terutamanya sekiranya ia menjurus kepada penyelewengan dan salahguna kuasa.

"Badan eksekutif sekarang menggunakan kuasa yang tidak ada pada mereka. Saya rasa masyarakat keseluruhannya tidak faham mengenai isu ini.

Mereka ingat polis ada kuasa untuk melakukan apa saja pada hal polis sebagai eksekutif mesti juga patuh kepada undang-undang," kata beliau kepada Suara Keadilan dengan merujuk kepada tindakan keras anggota polis ke atas lebih 30,000 rakyat yang berarak mendesak dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos lalu.

Tambah Prof Khoo kebanyakan pemimpin sekarang yamg memegang tampuk kuasa lebih mengutamakan kepentingan peribadi termasuk keluarga dan kroni sehingga menyebabkan institusi awam menjadi mangsa kerakusan mereka.

Beliau melihat trend kemerosotan peranan dan kewibawaan institusi awam mula menunjukkan tanda-tanda kelemahan sejak tahun 60an lagi.

"Contohnya seperti sukan, bagaimana pasukan bola sepak kita pada masa dulu mengalahkan Korea Selatan dua kali untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Tapi sekarang sukan bola sepak kita sudah jatuh di "ranking" yang bawah daripada Sri Lanka dan Laos. Ini menunjukkan memang ada sesuatu yang tidak betul," jelas beliau lagi.

Tegas beliau penggunaan pengaruh politik bukan sahaja setakat badan kehakiman dan kepolisian malah telah menjalar ke sistem pendidikan menyebabkan keadaan porak peranda dan kucar kacir.

"Saya berpendapat sistem dahulu jauh lebih berkesan dan bermakna. Sekarang saya tidak nampak apa yang sedang dilakukan di sekolah. Dulu guru hampir setiap hari cuba menanam nilai-nilai murni dikalangan murid.

Mereka bukan hanya mengajar berasaskan buku teks malah banyak memberi penjelasan tentang nilai. Ini membolehkan murid sentiasa berfikir dan faham apa itu tanggungjawab, bukan macam sekarang," kata Prof Khoo.

-Suara Keadilan-

Tiada ulasan: