"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Muhyiddin Perlu Menjelaskan Isu Penyalahgunaan Harta Kerajaan

Angkatan Muda Keadilan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat salah laku penggunaan harta kerajaan yang dilakukan oleh Pemimpin UMNO Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Ogos baru-baru ini.

Beliau didakwa atas penyalahgunaan harta kerajaan bagi kepentingan parti dengan menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika dalam perjalanan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Penampang sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Mengulas lanjut, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini jelas merupakan salah laku yang serius yang dilakukan oleh Muhyiddin.

“Sehingga hari ini Tan Sri Muhyiddin masih belum lagi menjawab kenapa beliau menyalahgunakan harta kerajaan untuk tujuan program parti yang sememangnya bertentangan dengan prinsip-prinsip dan kesalahan di bawah akta-akta rasuah di mana seseorang penjawat awam tidak boleh menyeleweng harta kerjaan bagi tujuan parti politik," katanya.

Shamsul turut mengatakan tindakan yang dilakukan oleh Muhyiddin itu tiada bezanya dengan bekas Ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Yusuff yang didakwa atas perkara yang sama iaitu menyalahgunaan helicopter bagi meninjau satu kawasan tanah yang dituduh dimiliki oleh beliau.

Samsul Iskandar telah membuat laporan tersebut di SPRM Johor Bahru, bersama-sama Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor Bahru,

Dalam pada itu, Samsul turut mengatakan kes berbentuk rasuah ini merupakan kes jenayah yang tidak mempunyai had waktu dan siasatan segera perlu dilakukan oleh SPRM ke atas Muhyiddin.

Katanya hal ini perlu disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM atas dasar ketelusan sepertimana yang didakwa suruhanjaya itu dalam menafikan kritikan Pakatan Rakyat.

“Baru-baru ini, Muhyiddin membuat kenyataan, orang politik juga tidak lebih daripada undang-undang dan boleh disiasat," kata Shamsul.

Jelasnya kenyataan Muhyiddin itu tidak harus ditempiaskan begitu sahaja oleh SPRM sedangkan Muhyiddin sendiri yang menggalakkan nilai-nilai intergriti dalam apa jua tugasan dan tanggungjawab.

“Oleh kerana ada kenyataan begitu oleh Muhyiddin sendiri, saya ingin mencabar SPRM berdasarkan laporan yang dibuat, menyiasat segera dan memanggil Muhyiddin bagi mendapatkan keterangan beliau apakah benar perkara ini berlaku sepertimana dilaporkan dalam Bernama yang beliau hadir untuk program parti," tegas Shamsul.

-tvantara.com-

Tiada ulasan: