"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRK DUN Pmtg Pasir: Bersama rakyat pertahankan kemenangan, slogan PAS

Oleh Hazayani Zakaria
BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Selaras dengan slogan "Bersama Rakyat Pertahankan Kemenangan di Permatang Pasir", calon PAS di Dun Permatang Pasir merayu kepada pengundi di kawasan itu agar menyokong beliau dengan memberi undi kepadanya pada 25 Ogos ini.

Salleh yang sudah empat hari berkempen mendekati seluruh masyarakat di sini hari ini menegaskan akan meneruskan usaha yang telah dilaksanakan oleh Adun terdahulu, Allahyarham Dato' Mohamad Hamdan Abdul Rahman.

Ia selaras dengan dasar perjuangan parti dan aspirasi Pakatan Rakyat, katanya.

Jika memenangi pilihanraya kecil ini, beliau akan meneruskan amanah yang telah ditinggalkan Allahyarham dan berusaha untuk memberi nilai tambah kepada agenda yang telah dibawa Alahyarham sebelum ini.

Beliau dalam satu sidang media di markas induk PAS dekat sini pagi tadi turut menyatakan iltizammya untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Islam di kawasan itu.

"Saya akan terus komited memperkukuhkan suara dan peranan agama Islam sertaorang Melayu, merperkasa peranan institusi masjid dan surau, serta menangani permasalahan sosial remaja dan golongan wanita,"ujarnya.

Meskipun PAS hanya mewakili satu kerusi sahaja dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat, namun tegasnya ia tetap membawa pengertian yang besar kerana PAS dapat bersama-sama PKR dan DAP dalam pentadbiran negeri.

Beliau yakin Pakatan Rakyat mampu menjadi pengantara dalam menyalurkan komitman kerajaan negeri kepada rakyat khususnya di Permatang Pasir.

Tiada ulasan: