"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Jangan tinggalkan PAS, Azizi - Datuk Dr Anwar Ridhwan

Datuk Dr Anwar Ridhwan, sasterawan negara ke-10, menasihatkan rakan penulisnya yang bergiat dalam PAS supaya tidak keluar parti semata-mata bagi mengejar anugerah berprestij itu.

"Saya rasa Azizi (Abdullah), kalau beliau percaya dengan parti PAS, jangan keluar daripada situ, kalau ini menjadi keyakinannya.

"Kita mesti meneruskan apa yang menjadi idealisme kita. Mungkin pada masa yang akan datang, beliau akan menerima anugerah sasterawan negara ini," katanya kepada
Malaysiakini dalam wawancara baru-baru ini.

Anwar (
kiri), atau nama asalnya Mohd Anuar Rethwan, diminta mengulas tulisan Azizi dalam blognya 13 Ogos lalu - dua hari selepas beliau diumumkan sebagai sasterawan negara.

Artikel novelis
Seorang Tua di Kaki Gunung kelihatan seolah-olah menyindir pengarang Naratif Ogonshoto yang digambarkan tidak sehebat penggiat PAS Kedah itu dalam dunia kesusasteraan.

Artikel "Sasterawan negara ke-10, tahniah!" yang ditulis dalam bentuk dialog dengan seorang pensyarah seni, antaranya, mendakwa 80 peratus panel pemilihan sasterawan negara "kaki bodek kerajaan BN".

Jumlah karya dan anugerah lain yang diterima Anwar juga dibandingkan dengan karya Azizi (kanan). Tulisan itu diakhiri dengan persoalan sama ada Azizi sendiri perlu keluar PAS.

Berdasarkan artikel tersebut, seseorang mengirim mesej SMS kepada Azizi berbunyi: "Sebab utama, saudara orang PAS. Orang PAS tidak ada dalam pemilihan anugerah apapun. Lain kali keluar saja dari PAS. Masuk Umno, tahun depan gerenti dapat!"

"Saya ketawa terbahak-bahak. Apakah saya perlu keluar dari PAS?" kata Azizi, menjawab SMS berkenaan.

Ditemui di pejabatnya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Selasa lalu, Anwar berkata, beliau tidak tahu motif sebenar yang mendorong anggota panel berkenaan memilih beliau.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran ahli panel memilih saya. Tetapi apa yang saya dapat tanggap daripada apa yang Tan Sri Muhyiddin (Yassin) nyatakan, dia menyatakan bahawa memang karya saya sedikit, tetapi katanya, bukan kuantiti yang dilihat ahli panel, tetapi kualiti.

"Barangkali itu yang menjadi pegangan ahli panel," jelasnya.

Anak kelahiran Kuala Selangor itu juga tidak pasti pihak yang terlibat sebagai panel penilai anugerah tersebut.

Berhubung respons pihak lain, Dr Anwar berkata, ratusan SMS dan puluhan emel yang diterimanya semuanya berbentuk positif dan memberikan sokongan terhadapnya.

Justeru, tambahnya, beliau tidak berasa kecewa terhadap pandangan Azizi kerana "penulis berhak menzahirkan perasaannya, terutamanya penulis yang memang banyak berkarya."

Walaupun kini bergelar sasterawan negara, beliau terus menyuarkan sikapnya yang kritikal termasuk mempertikaikan dasar-dasar kerajaan.

"Tetapi perkara yang tidak menyenangkan saya, seperti saya katakan tadi, macam (dasar) PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris), soal (akta) ISA, itu saya nyatakan dalam blog saya," katanya.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: