"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fitnah tuduh Salleh: Mujahid cabar blogger jadi anak jantan

Wartawan Harakahdaily

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.

Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti.

Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris. Kebiasaannya, selepas keluar dalam blognya, ia akan keluar dalam akhbar harian itu pula.

Menurut Mujahid, pribadi Ustaz Salleh adalah terpuji dan tidak akan membuat kerja-kerja sedemikian.

"Kalau mahu membuat dakwaan pun biarlah beradab dan penuh akhlak. Biarlah ada hujjah bukan pakai hentam sahaja," katanya.

ImageEditor berkenaan menulis, ketika isu calon BN yang digantung oleh Majlis Peguam sukar untuk mati, kini timbul pula cerita tentang calon PAS menggelapkan wang RM600,000.

Ia dilaporkan oleh satu blog yang dimiliki oleh penyokong Umno, Zakhir Mohamad, tulisnya.

Di blog Zakhir pula, laporan mengenainya dibuat. Zakhir menulis tentang kehilangan wang RM600,000 itu dan dakwaan ini, tulisnya, dibuat oleh Mujahid dan Zulkifli Mat Lazim.

Tiada ulasan: